Ahad, 6 September 2020

KERJA KOSONG

 

Ruj Kami  : PPRPS2/Jld/1/2020 (09/bil:13)

Ruj Tuan  :

Tarikh:      /09/2020

Kepada, 

_____________________________________

_____________________________________

_____________________________________

_____________________________________

  

TAWARAN KERJA

Sukacita kami merujuk perkara di atas. 

2.         Kami ingin menawarkan jawatan sebagai ____________________________ kepada tuan/puan (selepas ini disebut ’anda’).  Tawaran ini adalah tertakluk kepada beberapa terma dan syarat yang kami sertakan bersama surat tawaran ini .

3.         Terma serta syarat-syarat tawaran adalah seperti yang termaktub di bawah :

i.      Tempoh bekerja

a) Kontrak (percubaan) sehingga 6 bulan. Merit kerja akan menentukan KPI anda sama ada perkhidmatan diteruskan atau kontrak dilanjutkan lagi atau ditamatkan.

b) Masa kerja sekurang-kurangnya 8 jam sehari. ( 1 jam waktu rehat dan 30 minit waktu minum pagi/petang (15 minit pagi/15 minit petang).

(Rujukan : Akta Kerja 1955 60A)

ii.       Gaji dan Elaun

Gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM__________sebulan untuk tempoh percubaan dan RM__________sebulan selepas tempoh percubaan. Sebarang bayaran lebih masa, kenaikan atau percubaan gaji, jika perlu, akan dibincangkan bersama dengan pihak pengurusan.

iii.       Potongan KWSP dan SOCSO

Bergantung kepada takrif perjawatan tuan/puan. Tiada potongan KWSP dan Socso bagi jawatan kontrak. Ia hanya ditawarkan kepada jawatan kekal.

iv.       Cuti Tahunan/Cuti Sakit

a) Cuti Tahunan :

NO

TEMPOH KERJA (TAHUN)

JUMLAH CUTI

NOTA

1

Bawah 1 tahun

Tiada

Bergantung kepada cuti ehsan

2

1 tahun ke 2 tahun

8 hari

 

3

2 tahun ke 5 tahun

12 hari

 

4

5 tahun ke atas

16 hari

 

5

Lain-lain

Tiada

Bergantung kepada cuti ehsan


b) Cuti Sakit :

NO

TEMPOH KERJA (TAHUN)

JUMLAH CUTI

NOTA

1

Bawah 1 tahun

Tiada

Bergantung kepada cuti ehsan

2

1 tahun ke 2 tahun

14 hari

 

3

2 tahun ke 5 tahun

18 hari

 

4

5 tahun ke atas

22 hari

 

5

Lain-lain

Tiada

Bergantung kepada cuti ehsan

*Cuti bagi hari kelepasan am/cuti umum (public holiday) adalah diberikan sebagaimana yang diwartakan oleh kerajaan mengikut negeri.

(Rujukan : Akta Kerja 1955 60E)

v.       Tugas dan tanggungjawab

Tugas dan tanggungjawab anda adalah seperti yang dibincangkan bersama pihak pengurusan.  Sebarang perubahan dan tambahan tugas akan dibincangkan dari semasa ke semasa. 

(Lihat lampiran ’B’)

vi.       Penamatan Kerja

Sepanjang tempoh perkhidmatan ini, kedua-dua pihak boleh menamatkan perkhidmatan melalui pemberian notis 3 bulan lebih awal. Atau jika perkhidmatan telah melebihi 1 tahun dan tidak kurang 5 tahun, notis 1 bulan. Manakala yang berkhidmat 5 tahun atau lebih, notis 2 bulan.

(Rujukan Akta Kerja 1955 Seksyen 12 (2)

vii.       Lain-lain

Apa-apa yang tidak terkandung dalam kontrak kerja ini boleh sama ada pihak pengurusan atau pekerja berbincang dan mencari kata sepakat dengan syarat ia tidak melangkaui peruntukan-peruntukan sedia ada dalam Akta Kerja 1955.

“Melestarikan Kediaman Masyarakat”

 

Yang benar,

 

………………………………………………….

(Nama dan jawatan :                                                                   )

 

Lampiran A

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pengakuan dan penerimaan :

 

                Saya .......................................................................................... Nombor Kad Pengenalan ........................................................

                Dengan ini menerima dan bersetuju dengan terma dan syarat yang termaktub dalam perjanjian ini.

 

Tandatangan      :   .......................................................

(Nama :                                                                                 )

Tarikh                  :  .........................................................

Saksi :

Tandatangan      :   .......................................................

(Nama :                                                                                 )

Tarikh                  :  .........................................................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PUNGUTAN SUARA

Ruj Kami  : PPRPS2/Jld/1/2020 (10/bil:16) Ruj Tuan  : Tarikh:      /10/2020   Kepada, _____________________________________ ________________...