Ahad, 30 Ogos 2020
JENIS-JENIS PEMILIKAN HARTANAH
|
NO |
JENIS |
KETERANGAN |
|
1 |
Hakmilik Induk (Master Title) |
Dikeluarkan kepada pemaju pada permulaan
pembinaan. Meliputi kawasan projek yang lengkap. Termasuk semua kawasan umum dan yang dikongsi. Akan dibahagikan kepada sub-bahagian, samada
melalui pemilikan Strata atau Individu. |
|
2 |
Hakmilik Individu (Individual Title) |
Merupakan sub-bahagian daripada Hakmilik Induk. Jenis pemilikan untuk hartanah individu. Biasanya dikeluarkan untuk pemilikan hartanah
secara tunggal. Agak cepat dikeluarkan. |
|
3 |
Hakmilik Strata (Strata Title) |
Merupakan sub-bahagian daripada Hakmilik Induk. Jenis pemilikan hartanah Strata merupakan
pemilikan sebahagian daripada pembangunan yang dikongsi. Kebiasaannya dikeluarkan untuk bangunan
bertingkat seperti rumah kedai, pangsapuri, kondominium dan lain-lain. Juga digunakan untuk rumah individu dalam
pembangunan yang dikongsi seperti townhouse. Pemilik mempunyai kewajipan untuk penyelenggaraan
bersama Kadang-kala lebih perlahan untuk dikeluarkan. |
Selasa, 18 Ogos 2020
AKTA HAKMILIK STRATA 1985 (AKTA 318)
AKTA HAKMILIK STRATA 1985 (AKTA 318) Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) adalah undang-undang yang diperuntukan untuk mengawal selia pecah bahagian bangunan atau tanah kepada petak-petak. Akta ini berkuatkuasa pada 1985 dan ia mewajibkan pemilik tanah untuk memohon hakmilik strata apabila berlakunya penjualan atau perjanjian jualan petak yang melibatkan perjanjian jual beli, dan syarat-syarat asas bagi permohonan hakmilik strata telah dipenuhi.
Sebahagian besar kes kelewatan mengeluarkan hak milik strata kepada pemilik unit adalah disebabkan oleh kegagalan tuan tanah atau pemaju mengemukakan permohonan hakmilik strata kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri. Sekiranya, permohonan yang dikemukakan teratur dan memenuhi syarat, proses pengeluaran hakmilik strata akan memakan masa 170 hari.
Dalam usaha mempercepatkan proses pengeluaran hak milik strata, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui pindaan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2012 mencadangkan pengeluaran hak milik strata secara serentak bersama pemilikan kosong (vacant posession). Pindaan ini akan memendekkan masa pengeluaran hak milik strata daripada 170 hari bekerja kepada kurang daripada 100 hari bekerja. Melalui pindaan ini, bagi pemilik tanah yang gagal untuk mengemukakan permohonan hakmilik strata dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan dengan hukuman yang lebih berat berbanding hukuman yang diperuntukkan melalui Akta Hakmilik Strata 1985 yang berkuatkuasa pada masa kini.
KRONOLOGI PENGURUSAN
Sebelum pengurusan strata Rumah Pangsa Senawang 2 mengambil alih sepenuhnya pengurusan kediaman penduduk, pengerusi strata telah mengadakan satu mesyuarat khas bersama-sama semua wakil NGO yang kedapatan di kawasan rumah pangsa. Mesyuarat bertujuan mengenal pasti masalah-masalah berbangkit yang telah lama berlaku dan tidak diambil apa-apa tindakan oleh SUK. Justeru mesyuarat tersebut memberi peluang kepada penduduk melalui wakil-wakil NGO, untuk sama-sama mengenal pasti masalah. Setiausaha Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Senawang 2 (PPRPS2) akan menghantar satu surat rasmi kepada SUK hasil dari mesyuarat khas tersebut.
Wakil-wakil NGO yang hadir pada malam tersebut antaranya ialah pengerusi dan setiausaha KRT, setiausaha Badan Pemantau Kebajikan Penduduk (BPKP), AJK Pewita dan setiausaha Surau Infitah Al Khairiah.
______________________________________________________________
Ruj Kami :
PPRPS2/Jld/1/2020 (08/bil:06)
Ruj Tuan:
Tarikh: /08/2020
Kepada,
UNIT PENGURUSAN PERUMAHAN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Malek
70503 Seremban Negeri Sembilan.
UP : Cik Norimanihayati binti Ismail,
ADUAN MASALAH-MASALAH
BERBANGKIT RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Seperti yang dimaklumi, lewat mesyuarat
agung pertama penubuhan Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Senawang 2 pada 28
september, 2019 lalu, SUK telah menyerahkan sepenuhnya pengurusan Rumah Pangsa Senawang
2 kepada sebuah badan yang telah dilantik dalam mesyuarat agung tersebut iaitu Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Senawang
2. (PPRPS2)
3. Di sini kami ingin menarik perhatian
pihak SUK atas beberapa perkara yang kami anggap masih tertunggak. Kami tidak
mahu PPRPS2 diserahkan tanggunjawab yang berat lantaran beberapa kemudahan
infrastrukutr di kediaman kami masih belum dibaiki dengan sempurna. Seolah-olah
SUK berlepas tangan kepada PPRPS2 dalam keadaan ia masih baru dan kedapatan
masalah yang dibangkitkan penduduk sekian lama tidak diberi perhatian oleh SUK
malah ia diletakan atas bahu pengurusan PPRPS2 yang baru.
4. Justeru satu mesyuarat khas telah diadakan
oleh PPRPS2 dan PPRPS2 turut menjemput beberapa NGO yang aktif di kawasan Rumah
Pangsa Senawang 2 ini bagi mengumpul segala permasalahan untuk diajukan kepada
SUK. PPRPS2 tidak mahu dibebankan dengan beberapa masalah tertunggak ketika ia
mengambil alih pengurusan sepenuhnya nanti.
5. Hasil dari mesyuarat bersama tersebut,
beberapa keputusan telah dicapai antara PPRPS2 dengan beberapa NGO seperti KRT
dan Badan Pemantau Kebajikan Penduduk. SUK perlu melihat masalah ini secara
serius dan perlu ditangani dengan kadar segera.
i.
Perkara pertama yang
memerlukan tindakan segera ialah memotong rumput dan lalang yang telah tumbuh
meliar sejak hampir setahun lalu di kawasan rumah pangsa. Keadaan rumput dan
lalang yang panjang telah menyebabkan beberapa buah rumah dimasuki binatang
berbisa termasuk ular dan lipan. Pemotongan rumput sepatutnya dilakukan
sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mengelakkan rumput/lalang tumbuh
panjang.
ii.
Kemudahan insfrastruktur
seperti tempat letak motosikal dan pagar serta tempat pembuangan sampah
berjadual tidak terurus lantaran tiada peruntukan untuk membaiki segala
kerosakan yang berlaku.
iii.
Besi penghalang di tangga
juga kebanyakannya sudah berkarat dan reput dan ini amat membahayakan kepada
pengguna tambahan lampu di tangga juga ada yang tidak menyala kerana tidak
diselenggara dengan baik.
iv.
Saluran tempat pembuangan
sampah meskipun telah dibaiki tetapi tidak menepati spesifikasi yang
dikehendaki. Kontraktor yang dilantik seperti membuat kerja melepas batuk di
tangga sahaja. Sepatutnya saluran pembuangan sampah itu diperbesarkan untuk
menampung kapasiti sampah dari 16 buah lot bagi setiap saluran.
v.
Paip utama yang membekalkan
air ke tangki besar (bumbung) kebanyakannya telah bocor dan berkarat. Ia perlu
diganti kerana telah terlalu lama.
vi.
Terdapat laporan dari
penghuni blok G, paip air di tangki atas (rooftop)
telah bocor dan air meresap melalui lubang pembuangan sampah serta tangga.
Keadaan ini amat bahaya kerana di bawah tangga terdapat panel box yang menempatkan meter-meter letrik rumah. Pernah berlaku
letupan suatu ketika dulu di blok C kerana panel
box ini terkena resapan air dari paip yang bocor di bumbung.
vii.
Kawasan tanah Indah Water
yang telah ditambak tidak diselenggara menyebabkan tempat tersebut menjadi
belukar dan kemungkinan terdapat binatang berbisa di situ. Pihak yang
bertanggungjawab perlu berbuat sesuatu di situ sebelum keadan belukar bertambah
teruk.
viii. PPRPS2 juga tidak dibekalkan senarai maklumat lengkap penghuni/penyewa menyebabkan pengurusan PPRPS2 kekurangan maklumat penting bagi tujuan kutipan bayaran selenggaraan. Malah usaha PPRPS2 mendapatkan maklumat tersebut secara terus kepada penghuni rumah juga mengalami masalah kerana tiadanya kerjasama antara penghuni/penyewa. Kami amat percaya pihak SUK mempunyai senarai lengkap maklumat terkini penghuni atau penyewa tersebut.
6. Kemungkinan ada beberapa lagi surat dari lain-lain NGO yang telah dihantar untuk perhatian pihak SUK. Bersama surat ini kami lampirkan beberapa surat aduan dari KRT, Badan Pemantau malah aduan/laporan dari YB P. Gunasegaran (Adun Seremban Jaya) sendiri.
7. Ada beberapa perkara dalam senarai di atas sedang dan telah diambil tindakan. Kami rakamkan ucapan ribuan terima kasih. Bagaimanapun masih ada beberapa masalah yang sebenarnya telah berlanjutan bertahun dan tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak SUK. PPRPS2 tidak sepatutnya dilonggokkan dengan masalah lapuk ini.
8. Kami berharap mendapat kerjasama dan perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
“Melestarikan Kediaman
Masyarakat”
Yang benar,
Tajol Ariffin bin Hasan
Setiausaha PPRPS2
Sk :
YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin bin Harun
Menteri Besar Negeri Sembilan
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Tanah dan Sumber Alam, Agama Islam, Pelancongan, Keselamatan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Tingkat 5 Blok B, Wisma Negeri
70503 Seremban Negeri Sembilan
YB Teo Kok Seong
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru
Tingkat 1 Blok C, Wisma Negeri
70503 Seremban Negeri Sembilan
Norul Aini Johari
Pen. Peg. Penilaian W29
Unit COB Majlis Bandaraya Seremban
Persiaran Forest Heights 1,
Jalan Seremban - Tampin, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
En Yuzimuddin bin Yusof
Pengerusi
Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
En Izlan bin Tun
Pengerusi
Badan Pemantau Kebajikan Penduduk
Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
Pengerusi
Surau Infitah Al-Khairiah
Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
APA ITU STRATA?
PESURUHJAYA BANGUNAN atau COMMISSIONER OF BUILDINGS dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk mentadbir dan menjalankan Akta 757. Peranan utama COB ialah mengawal selia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama, menyelesaikan pertelingkahan yang timbul dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang berpandukan kuasa yang diberikan oleh Akta 757 dan Akta 318.
Kategori COB ditentukan berdasarkan bilangan petak bangunan berstrata yang terdapat di sesebuah kawasan PBT atau Majilis Daerah di setiap negeri. COB diketuai oleh Yang DiPertua Majilis Perbandaran atau Datuk Bandar. BADAN PENGURUSAN BERSAMA atau JOINT MANAGEMENT BODY ditubuhkan oleh pemaju apabila mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama diadakan dalam tempoh tidak lewat daripada 12 bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong sesuatu petak kepada pembeli. Sekiranya, pemaju gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama dalam tempoh 12 bulan, COB boleh melantik seseorang untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama. JMB terdiri daripada pemaju dan pembeli.
PERBADANAN PENGURUSAN atau MANAGEMENT CORPORATION ditubuhkan apabila buku daftar strata dibuka. MC ialah pemilik harta bersama dan sebagai penjaga (custodian) dokumen hak milik keluaran bagi tanah di mana bangunan terdiri. Semua pemilik petak ialah ahli kepada MC dan selepas pindah milik petak disempurnakan, mereka mempunyai hak untuk mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa MC. Tanggungjawab MC dijelaskan di dalam Akta 318.
PUNGUTAN SUARA
Ruj Kami : PPRPS2/Jld/1/2020 (10/bil:16) Ruj Tuan : Tarikh: /10/2020 Kepada, _____________________________________ ________________...


