NOTIS

NOTIS 1


Ruj Kami  : PPRPS2/Jld/1/2020 (08/bil:13)

Ruj Tuan  :

Tarikh:26/08/2020

 

Kepada,

 __________________________________

___________________________________

Rumah Pangsa Senawang 2

Jalan Senawang-Paroi

70450 Seremban Negeri Sembilan.

 

NOTIS CAJ PAKIR (BULANAN).

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         SILA AMBIL PERHATIAN, adalah dimaklumkan bermula 01hb September, 2020; di bawah Akta 757 Seksyen 32(3)(d), Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Senawang 2 akan mula membuat kutipan bagi caj parkir (bulanan) kepada setiap penghuni petak/blok/premis.

3.         Pemilik/Penyewa/premis boleh dihadapkan ke Tribunal dan dikenakan penalti jika sabit di bawah Seksyen 33, 34 dan 35 jika gagal menjelaskan yuran parkir dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis ini.

4.         Dimaklumkan juga, siasatan AJK mendapati tuan/puan turut menyalahi Peraturan Strata dalam Jadual III, Perenggan 11 (Penyelenggaraan dan Pengurusan Strata 2015) iaitu :

            i) Pengubahsuaian di luar sempadan petak.

            ii) Pengubahsuaian struktur bangunan 

Dan,

Bahagian 5 Seksyen 25 Perkara (1), (2) dan (4) serta Bahagian 7 Seksyen 27 Perkara (1), (4), (6) dan (7).

5.         Mesyuarat AJK hanya memutuskan untuk mengenakan bayaran seperti berikut (Berbanding seperti yang diperuntukan di bawah Akta 757, Seksyen 32 (3) (i) Penalti sebanyak RM200.00) :

                                  i.          Caj Parkir        : RM20.00 (RM: Dua Puluh Sahaja).

                                ii.          No Akaun         : 2-05088-0002194-6.

7.         Mesyuarat juga memutuskan agar pihak tuan/puan dapat membuat surat permohonan ubahsuai secara rasmi kepada pengurusan strata untuk pengurusan mengajukan permohonan kepada COB atau pihak tuan/puan terus berurusan dengan pihak tersebut. (COB/Pesuruhjaya Bangunan).

8.         Kaedah bayaran adalah sama ada melalui tunai/cek atau bayaran secara online banking ke akaun RHB Bank atas nama Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Senawang 2.

9.         Perbadanan juga melantik wakil kutipan tersebut kepada 2 orang penama di bawah.

NO

NAMA

NO K/P

NO TALIPON

1

Pn Selmah binti Sidek

610405-05-5260

 

2

Lamaih @ Lamiah binti Duali

750202-12-5948

 


10.       Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan/pemilik/penyewa/premis, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“Melestarikan Kediaman Masyarakat” 

 

Yang benar,

(Hj Ruzali Said)

Pengerusi PPRPS2



NOTIS 2

Ruj Kami  : PPRPS2/Jld/1/2020 (08/bil:10)

Ruj Tuan  :

Tarikh:23/08/2020

 

Kepada,

Pemilik/Penyewa/Daftar Pemilik Petak

No (     ) Blok (     )

Rumah Pangsa Senawang 2

Jalan Senawang-Paroi

70450 Seremban Negeri Sembilan.

NOTIS CAJ SELENGGARAAN (BULANAN).

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.             SILA AMBIL PERHATIAN, adalah dimaklumkan bermula 01hb September, 2020; di bawah Akta 757 Seksyen 12(5), Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Senawang 2 akan mula membuat kutipan bagi caj penyelenggaraan (bulanan) kepada setiap penghuni petak/blok/premis.

3.             Pemilik/Penyewa boleh dihadapkan ke Tribunal dan dikenakan penalti jika sabit di bawah Seksyen 33, 34 dan 35 jika gagal menjelaskan yuran selenggaraan dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis ini.

4.             Butiran bayaran adalah seperti berikut :

                                   i.          Caj Selenggara      : RM30.00 (RM: Tiga puluh sahaja).

                                  ii.          Caj Sinking             : RM  3.00 (RM: Tiga sahaja).

                                iii.          No Akaun               : 2-05088-0002194-6.

5.             Kaedah bayaran adalah sama ada melalui tunai/cek atau bayaran secara online banking ke akaun RHB Bank atas nama Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Senawang 2.

6.             Perbadanan juga melantik wakil kutipan tersebut kepada 2 orang penama di bawah.

NO

NAMA

NO K/P

NO TALIPON

1

Pn Salmah binti Sidek

610405-05-5260 

 

2

 Pn Lamaih@Lamiah binti Duali

750202-12-5948 

 


4.             Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan/pemilik/penyewa/premis, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“Melestarikan Kediaman Masyarakat”

 

Yang benar,

 

 (Tajol Ariffin Hasan)

Setiausaha PPRPS2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PUNGUTAN SUARA

Ruj Kami  : PPRPS2/Jld/1/2020 (10/bil:16) Ruj Tuan  : Tarikh:      /10/2020   Kepada, _____________________________________ ________________...