Akta Strata 2013 adalah sebuah buku yang tebal. Mengandungi sehingga 165 muka surat. Kami cuba copypaste tetapi oleh kerana failnya dalam format 'pdf ' yang telah kami tukarkan fail format 'word', berlaku sedikit ralat. Justeru kepada mereka yang ingin dapatkan salinan dalam format 'pdf' yang asli boleh terus klik di sini AKTA STRATA 2013
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
Akta 757
Akta Pengurusan Strata 2013
Tarikh Perkenan Diraja ... ... 5 Februari 2013
Tarikh penyiaran dalam Warta ... 8 Februari 2013
SUSUNAN seksyen
Bahagian I
PERMULAAN
Seksyen
1.
Tajuk ringkas,
pemakaian dan permulaan kuat kuasa
2.
Tafsiran
3. Pentafsiran Akta
Bahagian II
PENTADBIRAN
AKTA
4. Pelantikan Pesuruhjaya Bangunan, timbalan
dan pegawai lain
Bahagian III
URUSAN DI
DALAM BANGUNAN ATAU TANAH YANG DICADANGKAN
UNTUK
DIPECAH BAHAGI KEPADA PETAK-PETAK
5. Pemakaian Bahagian ini
6. Jadual petak hendaklah difailkan
dengan Pesuruhjaya sebelum penjualan mana-mana petak
Bahagian IV
PENGURUSAN
STRATA SEBELUM KEWUJUDAN PERBADANAN
PENGURUSAN
Bab 1
Am
7. Pemakaian Bahagian ini
8. Unit syer yang diumpukkan
Bab 2
Pengurusan oleh pemaju sebelum badan pengurusan bersama ditubuhkan
9.
Kewajipan dan kuasa pemaju semasa tempoh pengurusan pemaju
10. Pemaju hendaklah menubuhkan akaun penyenggaraan
Seksyen
11. Pemaju hendaklah menubuhkan
akaun kumpulan wang penjelas
12. Pembeli dan pemaju hendaklah
membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas
13. Larangan pemungutan wang
sebelum akaun dibuka
14. Kewajipan pemaju berhubung
dengan akaun
15. Penyerahan oleh pemaju kepada
badan pengurusan bersama
16. Baki yang tidak dipindahkan hendaklah terletak hak pada badan pengurusan bersama
Bab 3
Pengurusan oleh badan pengurusan bersama
17. Penubuhan badan pengurusan
bersama
18. Kewajipan pemaju untuk mengadakan
mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama
19. Mesyuarat agung tahunan pertama
bagi badan pengurusan bersama
20. Kewajipan badan pengurusan
bersama untuk memaklumkan namanya kepada Pesuruhjaya
21. Kewajipan dan kuasa badan
pengurusan bersama
22. Jawatankuasa pengurusan bersama
23. Badan pengurusan bersama
hendaklah menubuhkan akaun penyenggaraan
24. Badan pengurusan bersama
hendaklah menubuhkan akaun kumpulan wang penjelas
25. Pemunya petak hendaklah
membayar Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas, kepada badan
pengurusan bersama
26. Kewajipan badan pengurusan
bersama berhubung dengan akaun
27. Pembubaran badan pengurusan
bersama
28. Baki yang tidak dipindahkan hendaklah terletak hak pada perbadanan pengurusan
Bab 4
Peruntukan pelbagai yang terpakai bagi Bahagian ini
29. Kewajipan pemaju berkenaan dengan Caj bagi
bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak
yang disiapkan sebelum permulaan kuat kuasa Akta ini
30. Daftar pemunya petak
Seksyen
31.
Hak pemunya petak atau bakal pembeli
32. Undang-undang kecil bagi
bangunan atau tanah yang dicadangkan untuk dipecah bahagi kepada petak-petak
33. Mendapatkan jumlah wang sebagai
hutang yang kena dibayar kepada badan pengurusan bersama
34. Tatacara mendapatkan jumlah
wang yang kena dibayar
35. Mendapatkan jumlah wang melalui
penahanan harta alih
36. Wang yang tidak dikehendaki untuk kegunaan segera
Bab 5
Peruntukan peralihan dan kecualian yang disebabkan oleh pemansuhan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007
37.
Sebutan mengenai Akta yang dimansuhkan dan peruntukan kecualian
38.
Badan dan jawatankuasa yang sedia ada
39.
Ejen pengurusan yang sedia ada
40. Akaun atau kumpulan wang yang sedia ada
41. Pesuruhjaya Bangunan dan
pegawai lain yang sedia ada
42. Notis, perintah, dsb., yang
sedia ada
43. Permohonan, dsb., yang belum
selesai
44. Rayuan yang belum selesai
45. Peraturan-peraturan yang sedia ada
Bahagian V
PENGURUSAN STRATA SELEPAS KEWUJUDAN PERBADANAN PENGURUSAN
Bab 1
Am
46. Pemakaian Bahagian ini
Bab 2
Pengurusan
oleh pemaju sebelum mesyuarat agung tahunan pertama
perbadanan pengurusan
47. Pemakaian
48. Kewajipan dan kuasa pemaju untuk menyenggara dan mengurus
Seksyen
49. Sekatan semasa tempoh
pengurusan permulaan
50. Pemaju hendaklah menubuhkan
akaun penyenggaraan atas nama perbadanan pengurusan
51. Pemaju hendaklah menubuhkan akaun kumpulan wang penjelas atas
nama perbadanan pengurusan
52. Pemilik hendaklah membayar
Caj, dan caruman kepada kumpulan wang penjelas
53. Larangan pemungutan wang
bagi penyenggaraan daripada pemilik
54. Kewajipan pemaju berhubung
dengan akaun
55. Penyerahan kawalan kepada perbadanan pengurusan
Bab 3
Pengurusan
selepas mesyuarat agung tahunan pertama
perbadanan pengurusan
56. Jawatankuasa pengurusan
57. Kewajipan pemaju untuk
mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama
58. Mesyuarat agung tahunan
pertama bagi perbadanan pengurusan
59. Kewajipan dan kuasa
perbadanan pengurusan
60. Akaun penyenggaraan
perbadanan pengurusan
61. Akaun kumpulan wang penjelas
perbadanan pengurusan
62. Kewajipan perbadanan pengurusan berhubung dengan akaun
Bab 4
Perbadanan pengurusan subsidiari dan harta bersama terhad
63. Pentadbiran perbadanan
pengurusan subsidiari
64. Kewajipan dan kuasa
perbadanan pengurusan subsidiari
65. Perbelanjaan perbadanan
pengurusan subsidiari
66. Akaun penyenggaraan perbadanan pengurusan subsidiari
67. Akaun kumpulan wang penjelas
perbadanan pengurusan subsidiari
68. Pemilik hendaklah membayar Caj, dan caruman
kepada kumpulan wang penjelas, kepada perbadanan pengurusan subsidiari
69. Penghakiman terhadap perbadanan pengurusan yang berhubungan dengan harta bersama terhad
Bab 5
Peruntukan pelbagai yang terpakai bagi Bahagian ini
Seksyen
70. Undang-undang kecil bagi
mengawal selia bangunan atau tanah yang dipecah bahagi
71. Undang-undang kecil bagi
harta bersama terhad
72. Daftar strata
73. Hak pemilik atau bakal
pemilik
74. Pemerolehan tanah tambahan,
pemberian dan penerimaan isemen, dsb.
75. Perkadaran
76. Pelantikan pentadbir bagi
perbadanan pengurusan
77. Mendapatkan jumlah wang sebagai hutang yang kena dibayar
kepada perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari
78. Tatacara mendapatkan jumlah
wang yang kena dibayar
79. Mendapatkan jumlah wang
melalui penahanan harta alih
80. Wang yang tidak dikehendaki untuk kegunaan segera
Bab 6
Peruntukan
peralihan dan kecualian yang disebabkan oleh pindaan
berbangkit kepada Akta Hakmilik Strata 1985
81. Ejen pengurusan yang sedia
ada
82. Kumpulan wang penyenggaraan
atau akaun khas yang sedia ada
83. Notis, perintah, dsb. yang
sedia ada
84. Permohonan, dsb. yang belum
selesai
85. Kaedah-kaedah yang sedia ada
Bahagian VI
EJEN PENGURUSAN
86. Pelantikan ejen pengurusan
oleh Pesuruhjaya
87. Kebebasan ejen pengurusan
88. Ejen pengurusan hendaklah
menyerah simpan bon
89. Kuasa dan kewajipan ejen
pengurusan
90. Pemaju tidak dilepaskan
daripada obligasinya untuk menjalankan pembaikan, dsb.
91. Penamatan perjanjian pengurusan
Bahagian VII
DEPOSIT
UNTUK MEMBAIKI KECACATAN
Seksyen
92. Pemaju hendaklah membayar deposit untuk membaiki kecacatan pada harta bersama
Bahagian VIII
INSURANS
93. Kewajipan untuk menginsuranskan
bangunan
94. Jumlah yang perlu
diinsuranskan
95. Insurans jika kawasan tidak
boleh diasingkan daripada premis utama bangunan
96. Insurans jika kawasan boleh
diasingkan daripada premis utama bangunan
97. Petak tanah
98. Insurans lain
99. Kepentingan yang boleh
diinsuranskan
100. Obligasi untuk membina semula
Bahagian IX
PERTIKAIAN DAN TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA
Bab 1
Am
101. Tafsiran
Bab 2
Penubuhan dan organisasi
102. Penubuhan Tribunal
103. Anggota, tempoh jawatan dan
elaun
104. Setiausaha, pegawai dan kakitangan
Bab 3
Bidang kuasa Tribunal
105. Bidang kuasa Tribunal
106. Pengecualian bidang kuasa
mahkamah
107. Orang yang berhak untuk memfailkan suatu tuntutan
Bab 4
Penjalanan prosiding
Seksyen
108. Tuntutan hendaklah dalam
borang yang ditetapkan
109. Persidangan Tribunal
110. Hak untuk hadir pada
pendengaran
111. Prosiding hendaklah terbuka
112. Rundingan penyelesaian
113. Layanan sama rata kepada
pihak-pihak
114. Penentuan kaedah-kaedah dan
tatacara
115. Pendengaran
116. Pelantikan pakar oleh Tribunal
Bab 5
Award Tribunal
117. Award Tribunal
118. Rujukan kepada Hakim
Mahkamah Tinggi mengenai persoalan undang-undang
119. Award dan penyelesaian
hendaklah direkodkan secara bertulis
120. Keputusan Tribunal adalah
muktamad
121. Mencabar award atas alasan
ketidakteraturan yang serius
122. Pelupusan dokumen, dsb.
Bab 6
Peruntukan pelbagai yang terpakai bagi Bahagian ini
123. Penalti jenayah kerana kegagalan
untuk mematuhi award
124. Peraturan-peraturan berkenaan dengan Tribunal
Bahagian X
PENGUATKUASAAN
125. Kuasa penyiasatan
126. Penggeledahan dan penyitaan
dengan waran
127. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran
Seksyen
128. Capaian kepada data
berkomputer
129. Senarai benda yang disita
130. Pelepasan benda yang disita
131. Kuasa untuk menghendaki
kehadiran orang yang mempunyai pengetahuan tentang kes
132. Pemeriksaan orang yang
mempunyai pengetahuan tentang kes
133. Halangan
134. Kehendak supaya menyediakan
terjemahan
135. Pengkompaunan kesalahan
136. Pendakwaan
137. Bidang kuasa Mahkamah
Majistret
138. Percantuman kesalahan
139. Perlindungan pemberi
maklumat
140. Kesalahan oleh pertubuhan
perbadanan
141. Kesalahan berterusan
Bahagian XI
PELBAGAI
142. Peruntukan keterangan
143. Pewakilan dalam prosiding
144. Penyampaian notis atau
perintah
145. Perlindungan terhadap
guaman dan prosiding undang-undang
146. Akta Perlindungan Pihak
Berkuasa Awam 1948
147. Pekhidmat awam
148. Ketidakpakaian
undang-undang bertulis lain, kontrak dan surat ikatan
149. Berkontrak keluar dilarang
150. Peraturan-peraturan
151. Kuasa untuk mengecualikan
152. Pindaan Jadual
153. Pemansuhan
Jadual Pertama
Jadual Kedua
Jadual Ketiga
Jadual Keempat
Akta 757
AKTA pengurusan strata 2013
Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama yang sepatutnya, dan bagi perkara yang berkaitan.
Bahawasanya adalah suai manfaat hanya bagi maksud memastikan keseragaman undang-undang dan dasar berkenaan dengan kerajaan tempatan untuk membuat undang-undang yang berhubungan dengan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama di dalam Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan:
Maka, oleh yang Demikian, menurut Fasal (4) Perkara 76 Perlembagaan Persekutuan, DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:
Bahagian I
PERMULAAN
Tajuk ringkas, pemakaian dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengurusan Strata 2013
(2) Akta ini hanya terpakai bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.
(3) Akta ini hendaklah mula
berkuat kuasa di setiap Negeri pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri,
selepas berunding dengan Pihak Berkuasa Negeri bagi Negeri itu, melalui
pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh, selepas berunding dengan Pihak
Berkuasa Negeri, menetapkan tarikh yang berlainan—
(a) bagi permulaan kuat kuasa Akta ini di kawasan
pihak berkuasa tempatan atau bahagian-bahagian kawasan pihak berkuasa tempatan
yang berlainan; dan
(b)
bagi permulaan kuat kuasa peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini
di kawasan pihak berkuasa tempatan atau bahagian -bahagian kawasan pihak
berkuasa tempatan yang berlainan.
(4)
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya pada tarikh yang
ditetapkan oleh Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya melalui
pemberitahuan dalam Warta.
(5)
Walau apa pun subseksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui
pemberitahuan dalam Warta, memperluas mana-mana peruntukan Akta ini supaya
terpakai bagi keseluruhan atau mana-mana bahagian mana-mana kawasan di dalam
Negeri itu yang tidak berada di bawah mana -mana kawasan pihak berkuasa
tempatan, dan boleh membuat apa-apa ubah suaian, pindaan atau pengubahan kepada
peruntukan Akta ini sebagaimana yang perlu bagi maksud pemakaiannya bagi
kawasan itu.
(6)
Walau apa pun subseksyen (3), Pihak Berkuasa Negeri boleh, melalui
pemberitahuan dalam Warta , mengecualikan mana -mana bahagian mana-mana kawasan
pihak berkuasa tempatan daripada mana-mana atau kesemua peruntukan Akta ini
atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
(7)
Pihak Berkuasa Negeri boleh, jika pada pendapatnya ia tidak akan berlawanan dengan
kepentingan awam dan kepentingan pembeli untuk berbuat demikian, menggantung
kuat kuasa Akta ini atau mana-mana peruntukan Akta ini di dalam mana- mana
kawasan pihak berkuasa tempatan atau mana-mana bahagian mana-mana kawasan pihak
berkuasa tempatan atau mana-mana kawasan lain selama apa-apa tempoh yang
difikirkannya patut.
(8) Dalam Akta ini,
sebutan mengenai Pihak Berkuasa Negeri berhubung dengan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya
hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri yang bertanggungjawab
bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah
Persekutuan Putrajaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan