Selasa, 18 Ogos 2020

APA ITU STRATA?

PESURUHJAYA BANGUNAN atau COMMISSIONER OF BUILDINGS dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk mentadbir dan menjalankan Akta 757. Peranan utama COB ialah mengawal selia kesempurnaan penyenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama, menyelesaikan pertelingkahan yang timbul dan menguatkuasakan peruntukan undang-undang berpandukan kuasa yang diberikan oleh Akta 757 dan Akta 318. 

Kategori COB ditentukan berdasarkan bilangan petak bangunan berstrata yang terdapat di sesebuah kawasan PBT atau Majilis Daerah di setiap negeri. COB diketuai oleh Yang DiPertua Majilis Perbandaran atau Datuk Bandar. BADAN PENGURUSAN BERSAMA atau JOINT MANAGEMENT BODY ditubuhkan oleh pemaju apabila mesyuarat agung tahunan pertama bagi badan pengurusan bersama diadakan dalam tempoh tidak lewat daripada 12 bulan dari tarikh penyerahan milikan kosong sesuatu petak kepada pembeli. Sekiranya, pemaju gagal mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama dalam tempoh 12 bulan, COB boleh melantik seseorang untuk mengadakan mesyuarat agung tahunan pertama. JMB terdiri daripada pemaju dan pembeli. 

PERBADANAN PENGURUSAN atau MANAGEMENT CORPORATION ditubuhkan apabila buku daftar strata dibuka. MC ialah pemilik harta bersama dan sebagai penjaga (custodian) dokumen hak milik keluaran bagi tanah di mana bangunan terdiri. Semua pemilik petak ialah ahli kepada MC dan selepas pindah milik petak disempurnakan, mereka mempunyai hak untuk mengundi di Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Agung Luar Biasa MC. Tanggungjawab MC dijelaskan di dalam Akta 318.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PUNGUTAN SUARA

Ruj Kami  : PPRPS2/Jld/1/2020 (10/bil:16) Ruj Tuan  : Tarikh:      /10/2020   Kepada, _____________________________________ ________________...