Selasa, 18 Ogos 2020

KRONOLOGI PENGURUSAN

 

Sebelum pengurusan strata Rumah Pangsa Senawang 2 mengambil alih sepenuhnya pengurusan kediaman penduduk, pengerusi strata telah mengadakan satu mesyuarat khas bersama-sama semua wakil NGO yang kedapatan di kawasan rumah pangsa. Mesyuarat bertujuan mengenal pasti masalah-masalah berbangkit yang telah lama berlaku dan tidak diambil apa-apa tindakan oleh SUK. Justeru mesyuarat tersebut memberi peluang kepada penduduk melalui wakil-wakil NGO, untuk sama-sama mengenal pasti masalah. Setiausaha Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Senawang 2 (PPRPS2) akan menghantar satu surat rasmi kepada SUK hasil dari mesyuarat khas tersebut.

Wakil-wakil NGO yang hadir pada malam tersebut antaranya ialah pengerusi dan setiausaha KRT, setiausaha Badan Pemantau Kebajikan Penduduk (BPKP), AJK Pewita dan setiausaha Surau Infitah Al Khairiah.

______________________________________________________________

Ruj Kami : PPRPS2/Jld/1/2020 (08/bil:06)

Ruj Tuan:

Tarikh:     /08/2020

 

Kepada,

UNIT PENGURUSAN PERUMAHAN

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan

Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri

Jalan Dato’ Abdul Malek

70503 Seremban Negeri Sembilan.

UP : Cik Norimanihayati binti Ismail,

ADUAN MASALAH-MASALAH BERBANGKIT RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Seperti yang dimaklumi, lewat mesyuarat agung pertama penubuhan Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Senawang 2 pada 28 september, 2019 lalu, SUK telah menyerahkan sepenuhnya pengurusan Rumah Pangsa Senawang 2 kepada sebuah badan yang telah dilantik dalam mesyuarat agung tersebut iaitu Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Senawang 2. (PPRPS2)

3.         Di sini kami ingin menarik perhatian pihak SUK atas beberapa perkara yang kami anggap masih tertunggak. Kami tidak mahu PPRPS2 diserahkan tanggunjawab yang berat lantaran beberapa kemudahan infrastrukutr di kediaman kami masih belum dibaiki dengan sempurna. Seolah-olah SUK berlepas tangan kepada PPRPS2 dalam keadaan ia masih baru dan kedapatan masalah yang dibangkitkan penduduk sekian lama tidak diberi perhatian oleh SUK malah ia diletakan atas bahu pengurusan PPRPS2 yang baru.

4.         Justeru satu mesyuarat khas telah diadakan oleh PPRPS2 dan PPRPS2 turut menjemput beberapa NGO yang aktif di kawasan Rumah Pangsa Senawang 2 ini bagi mengumpul segala permasalahan untuk diajukan kepada SUK. PPRPS2 tidak mahu dibebankan dengan beberapa masalah tertunggak ketika ia mengambil alih pengurusan sepenuhnya nanti.

5.         Hasil dari mesyuarat bersama tersebut, beberapa keputusan telah dicapai antara PPRPS2 dengan beberapa NGO seperti KRT dan Badan Pemantau Kebajikan Penduduk. SUK perlu melihat masalah ini secara serius dan perlu ditangani dengan kadar segera.

 

                           i.            Perkara pertama yang memerlukan tindakan segera ialah memotong rumput dan lalang yang telah tumbuh meliar sejak hampir setahun lalu di kawasan rumah pangsa. Keadaan rumput dan lalang yang panjang telah menyebabkan beberapa buah rumah dimasuki binatang berbisa termasuk ular dan lipan. Pemotongan rumput sepatutnya dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mengelakkan rumput/lalang tumbuh panjang.

                         ii.            Kemudahan insfrastruktur seperti tempat letak motosikal dan pagar serta tempat pembuangan sampah berjadual tidak terurus lantaran tiada peruntukan untuk membaiki segala kerosakan yang berlaku.

                       iii.            Besi penghalang di tangga juga kebanyakannya sudah berkarat dan reput dan ini amat membahayakan kepada pengguna tambahan lampu di tangga juga ada yang tidak menyala kerana tidak diselenggara dengan baik.

                        iv.            Saluran tempat pembuangan sampah meskipun telah dibaiki tetapi tidak menepati spesifikasi yang dikehendaki. Kontraktor yang dilantik seperti membuat kerja melepas batuk di tangga sahaja. Sepatutnya saluran pembuangan sampah itu diperbesarkan untuk menampung kapasiti sampah dari 16 buah lot bagi setiap saluran.

                          v.            Paip utama yang membekalkan air ke tangki besar (bumbung) kebanyakannya telah bocor dan berkarat. Ia perlu diganti kerana telah terlalu lama.

                        vi.            Terdapat laporan dari penghuni blok G, paip air di tangki atas (rooftop) telah bocor dan air meresap melalui lubang pembuangan sampah serta tangga. Keadaan ini amat bahaya kerana di bawah tangga terdapat panel box yang menempatkan meter-meter letrik rumah. Pernah berlaku letupan suatu ketika dulu di blok C kerana panel box ini terkena resapan air dari paip yang bocor di bumbung.

                      vii.            Kawasan tanah Indah Water yang telah ditambak tidak diselenggara menyebabkan tempat tersebut menjadi belukar dan kemungkinan terdapat binatang berbisa di situ. Pihak yang bertanggungjawab perlu berbuat sesuatu di situ sebelum keadan belukar bertambah teruk.

                    viii.            PPRPS2 juga tidak dibekalkan senarai maklumat lengkap penghuni/penyewa menyebabkan pengurusan PPRPS2 kekurangan maklumat penting bagi tujuan kutipan bayaran selenggaraan. Malah usaha PPRPS2 mendapatkan maklumat tersebut secara terus kepada penghuni rumah juga mengalami masalah kerana tiadanya kerjasama antara penghuni/penyewa. Kami amat percaya pihak SUK mempunyai senarai lengkap maklumat terkini penghuni atau penyewa tersebut.

6.         Kemungkinan ada beberapa lagi surat dari lain-lain NGO yang telah dihantar untuk perhatian pihak SUK. Bersama surat ini kami lampirkan beberapa surat aduan dari KRT, Badan Pemantau malah aduan/laporan dari YB P. Gunasegaran (Adun Seremban Jaya)  sendiri.

7.         Ada beberapa perkara dalam senarai di atas sedang dan telah diambil tindakan. Kami rakamkan ucapan ribuan terima kasih. Bagaimanapun masih ada beberapa masalah yang sebenarnya telah berlanjutan bertahun dan tidak diambil apa-apa tindakan oleh pihak SUK. PPRPS2 tidak sepatutnya dilonggokkan dengan masalah lapuk ini.

8.         Kami berharap mendapat kerjasama dan perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“Melestarikan Kediaman Masyarakat”

 

Yang benar,

Tajol Ariffin bin Hasan

Setiausaha PPRPS2

 

Sk :

YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin bin Harun

Menteri Besar Negeri Sembilan

Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Tanah dan Sumber Alam, Agama Islam, Pelancongan, Keselamatan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

Tingkat 5 Blok B, Wisma Negeri

70503 Seremban Negeri Sembilan

 

YB Teo Kok Seong

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak

Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru

Tingkat 1 Blok C, Wisma Negeri

70503 Seremban Negeri Sembilan

Norul Aini Johari

Pen. Peg. Penilaian W29

Unit COB Majlis Bandaraya Seremban

Persiaran Forest Heights 1,

Jalan Seremban - Tampin, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

En Yuzimuddin bin Yusof

Pengerusi

Kawasan Rukun Tetangga (KRT)

Rumah Pangsa Senawang Fasa 2

En Izlan bin Tun

Pengerusi

Badan Pemantau Kebajikan Penduduk

Rumah Pangsa Senawang Fasa 2

Pengerusi

Surau Infitah Al-Khairiah

Rumah Pangsa Senawang Fasa 2

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PUNGUTAN SUARA

Ruj Kami  : PPRPS2/Jld/1/2020 (10/bil:16) Ruj Tuan  : Tarikh:      /10/2020   Kepada, _____________________________________ ________________...