Sebelum pengurusan strata Rumah Pangsa Senawang 2 mengambil alih sepenuhnya pengurusan kediaman penduduk, pengerusi strata telah mengadakan satu mesyuarat khas bersama-sama semua wakil NGO yang kedapatan di kawasan rumah pangsa. Mesyuarat bertujuan mengenal pasti masalah-masalah berbangkit yang telah lama berlaku dan tidak diambil apa-apa tindakan oleh SUK. Justeru mesyuarat tersebut memberi peluang kepada penduduk melalui wakil-wakil NGO, untuk sama-sama mengenal pasti masalah. Setiausaha Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Senawang 2 (PPRPS2) akan menghantar satu surat rasmi kepada SUK hasil dari mesyuarat khas tersebut.
Wakil-wakil NGO yang hadir pada malam tersebut antaranya ialah pengerusi dan setiausaha KRT, setiausaha Badan Pemantau Kebajikan Penduduk (BPKP), AJK Pewita dan setiausaha Surau Infitah Al Khairiah.
______________________________________________________________
Ruj Kami :
PPRPS2/Jld/1/2020 (08/bil:06)
Ruj Tuan:
Tarikh: /08/2020
Kepada,
UNIT PENGURUSAN PERUMAHAN
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
Tingkat 4, Blok D, Wisma Negeri
Jalan Dato’ Abdul Malek
70503 Seremban Negeri Sembilan.
UP : Cik Norimanihayati binti Ismail,
ADUAN MASALAH-MASALAH
BERBANGKIT RUMAH PANGSA SENAWANG FASA 2
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.
2. Seperti yang dimaklumi, lewat mesyuarat
agung pertama penubuhan Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Senawang 2 pada 28
september, 2019 lalu, SUK telah menyerahkan sepenuhnya pengurusan Rumah Pangsa Senawang
2 kepada sebuah badan yang telah dilantik dalam mesyuarat agung tersebut iaitu Perbadanan Pengurusan Rumah Pangsa Senawang
2. (PPRPS2)
3. Di sini kami ingin menarik perhatian
pihak SUK atas beberapa perkara yang kami anggap masih tertunggak. Kami tidak
mahu PPRPS2 diserahkan tanggunjawab yang berat lantaran beberapa kemudahan
infrastrukutr di kediaman kami masih belum dibaiki dengan sempurna. Seolah-olah
SUK berlepas tangan kepada PPRPS2 dalam keadaan ia masih baru dan kedapatan
masalah yang dibangkitkan penduduk sekian lama tidak diberi perhatian oleh SUK
malah ia diletakan atas bahu pengurusan PPRPS2 yang baru.
4. Justeru satu mesyuarat khas telah diadakan
oleh PPRPS2 dan PPRPS2 turut menjemput beberapa NGO yang aktif di kawasan Rumah
Pangsa Senawang 2 ini bagi mengumpul segala permasalahan untuk diajukan kepada
SUK. PPRPS2 tidak mahu dibebankan dengan beberapa masalah tertunggak ketika ia
mengambil alih pengurusan sepenuhnya nanti.
5. Hasil dari mesyuarat bersama tersebut,
beberapa keputusan telah dicapai antara PPRPS2 dengan beberapa NGO seperti KRT
dan Badan Pemantau Kebajikan Penduduk. SUK perlu melihat masalah ini secara
serius dan perlu ditangani dengan kadar segera.
i.
Perkara pertama yang
memerlukan tindakan segera ialah memotong rumput dan lalang yang telah tumbuh
meliar sejak hampir setahun lalu di kawasan rumah pangsa. Keadaan rumput dan
lalang yang panjang telah menyebabkan beberapa buah rumah dimasuki binatang
berbisa termasuk ular dan lipan. Pemotongan rumput sepatutnya dilakukan
sekurang-kurangnya sebulan sekali untuk mengelakkan rumput/lalang tumbuh
panjang.
ii.
Kemudahan insfrastruktur
seperti tempat letak motosikal dan pagar serta tempat pembuangan sampah
berjadual tidak terurus lantaran tiada peruntukan untuk membaiki segala
kerosakan yang berlaku.
iii.
Besi penghalang di tangga
juga kebanyakannya sudah berkarat dan reput dan ini amat membahayakan kepada
pengguna tambahan lampu di tangga juga ada yang tidak menyala kerana tidak
diselenggara dengan baik.
iv.
Saluran tempat pembuangan
sampah meskipun telah dibaiki tetapi tidak menepati spesifikasi yang
dikehendaki. Kontraktor yang dilantik seperti membuat kerja melepas batuk di
tangga sahaja. Sepatutnya saluran pembuangan sampah itu diperbesarkan untuk
menampung kapasiti sampah dari 16 buah lot bagi setiap saluran.
v.
Paip utama yang membekalkan
air ke tangki besar (bumbung) kebanyakannya telah bocor dan berkarat. Ia perlu
diganti kerana telah terlalu lama.
vi.
Terdapat laporan dari
penghuni blok G, paip air di tangki atas (rooftop)
telah bocor dan air meresap melalui lubang pembuangan sampah serta tangga.
Keadaan ini amat bahaya kerana di bawah tangga terdapat panel box yang menempatkan meter-meter letrik rumah. Pernah berlaku
letupan suatu ketika dulu di blok C kerana panel
box ini terkena resapan air dari paip yang bocor di bumbung.
vii.
Kawasan tanah Indah Water
yang telah ditambak tidak diselenggara menyebabkan tempat tersebut menjadi
belukar dan kemungkinan terdapat binatang berbisa di situ. Pihak yang
bertanggungjawab perlu berbuat sesuatu di situ sebelum keadan belukar bertambah
teruk.
viii.
PPRPS2 juga tidak dibekalkan
senarai maklumat lengkap penghuni/penyewa menyebabkan pengurusan PPRPS2
kekurangan maklumat penting bagi tujuan kutipan bayaran selenggaraan. Malah
usaha PPRPS2 mendapatkan maklumat tersebut secara terus kepada penghuni rumah
juga mengalami masalah kerana tiadanya kerjasama antara penghuni/penyewa. Kami
amat percaya pihak SUK mempunyai senarai lengkap maklumat terkini penghuni atau
penyewa tersebut.
6. Kemungkinan
ada beberapa lagi surat dari lain-lain NGO yang telah dihantar untuk perhatian
pihak SUK. Bersama surat ini kami lampirkan beberapa surat aduan dari KRT,
Badan Pemantau malah aduan/laporan dari YB P. Gunasegaran (Adun Seremban
Jaya) sendiri.
7. Ada
beberapa perkara dalam senarai di atas sedang dan telah diambil tindakan. Kami
rakamkan ucapan ribuan terima kasih. Bagaimanapun masih ada beberapa masalah
yang sebenarnya telah berlanjutan bertahun dan tidak diambil apa-apa tindakan
oleh pihak SUK. PPRPS2 tidak sepatutnya dilonggokkan dengan masalah lapuk ini.
8. Kami
berharap mendapat kerjasama dan perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan
ucapan ribuan terima kasih.
“Melestarikan Kediaman
Masyarakat”
Yang benar,
Tajol Ariffin bin Hasan
Setiausaha PPRPS2
Sk :
YAB Dato’ Seri Hj. Aminuddin bin Harun
Menteri Besar Negeri Sembilan
Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Tanah dan Sumber Alam, Agama Islam,
Pelancongan, Keselamatan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam
Tingkat 5 Blok B, Wisma Negeri
70503 Seremban Negeri Sembilan
YB Teo Kok Seong
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak
Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru
Tingkat 1 Blok C, Wisma Negeri
70503 Seremban Negeri Sembilan
Norul Aini Johari
Pen. Peg. Penilaian W29
Unit COB Majlis Bandaraya Seremban
Persiaran Forest Heights 1,
Jalan Seremban - Tampin, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
En Yuzimuddin bin Yusof
Pengerusi
Kawasan Rukun Tetangga (KRT)
Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
En Izlan bin Tun
Pengerusi
Badan Pemantau Kebajikan Penduduk
Rumah Pangsa Senawang Fasa 2
Pengerusi
Surau Infitah Al-Khairiah
Rumah Pangsa Senawang Fasa 2