Selasa, 18 Ogos 2020

AKTA HAKMILIK STRATA 1985 (AKTA 318)

AKTA HAKMILIK STRATA 1985 (AKTA 318) Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318) adalah undang-undang yang diperuntukan untuk mengawal selia pecah bahagian bangunan atau tanah kepada petak-petak. Akta ini berkuatkuasa pada 1985 dan ia mewajibkan pemilik tanah untuk memohon hakmilik strata apabila berlakunya penjualan atau perjanjian jualan petak yang melibatkan perjanjian jual beli, dan syarat-syarat asas bagi permohonan hakmilik strata telah dipenuhi. 

Sebahagian besar kes kelewatan mengeluarkan hak milik strata kepada pemilik unit adalah disebabkan oleh kegagalan tuan tanah atau pemaju mengemukakan permohonan hakmilik strata kepada Pengarah Tanah dan Galian Negeri. Sekiranya, permohonan yang dikemukakan teratur dan memenuhi syarat, proses pengeluaran hakmilik strata akan memakan masa 170 hari. 

Dalam usaha mempercepatkan proses pengeluaran hak milik strata, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui pindaan Akta Hakmilik Strata (Pindaan) 2012 mencadangkan pengeluaran hak milik strata secara serentak bersama pemilikan kosong (vacant posession). Pindaan ini akan memendekkan masa pengeluaran hak milik strata daripada 170 hari bekerja kepada kurang daripada 100 hari bekerja. Melalui pindaan ini, bagi pemilik tanah yang gagal untuk mengemukakan permohonan hakmilik strata dalam tempoh yang ditetapkan, tindakan penguatkuasaan akan dikenakan dengan hukuman yang lebih berat berbanding hukuman yang diperuntukkan melalui Akta Hakmilik Strata 1985 yang berkuatkuasa pada masa kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PUNGUTAN SUARA

Ruj Kami  : PPRPS2/Jld/1/2020 (10/bil:16) Ruj Tuan  : Tarikh:      /10/2020   Kepada, _____________________________________ ________________...